Saturday, June 16, 2018

Revival : Double Minded

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Double minded

James 1:8 (NKJV)  he is a double-minded man, unstable in all his ways.

Yakobus 1:8 (TB)  Sebab orang yang mendua hati tidak akan tenang dalam hidupnya.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #167. Tahukah anda bahawa orang-orang yang mendua hati tidak pernah berhasil dalam hidupnya? Orang  yang mendua hati adalah orang yang kesetiaannya bercabang. Orang semacam ini menyimpan keraguan mental mengenai doa itu sendiri maupun mengenai permohonannya kepada Allah. Orang yang mendua hati adalah orang-orang yang berkompromi dengan Firman Tuhan. Sejak bila pun dan sampai bila bila pun, dunia adalah musuh Allah yang tidak mungkin dikompromikan. Kedekatan kita kepada salah satunya menjadikan kita musuh bagi yang lainnya. Kitalah penentu pilihan tersebut dan kita pulalah yang menanggung risiko dari keputusan kita. Sikap manakah yang Anda pilih: cinta dunia dengan segala kenikmatan yang ditawarkan ataukah sikap tegas pada Iblis tanpa kompromi. Sikap kedualah sikap seorang sahabat Allah!

☕ 🍞 Roh kebongkokkan adalah pekerjaan iblis yang menggerakkan seseorang itu untuk berkompromi. Tidak setia kepada Tuhan dan firman-Nya. Orang-orang yang berkompromi terhadap Firman Tuhan tidak pernah berhasil dalam hidupnya. Satu kaki di dunia dan satu kaki mengikut Tuhan, inilah kepribadian seseorang yang berkompromi atau mendua hati. Orang-orang yang mendua hati adalah seperti lalang yang dihayun oleh angin. Seseorang itu tidak berhasil disebabkan oleh pilihan dirinya sendiri yang mau berkompromi dengan Firman Tuhan. Lalu, pendiriannya tidak tetap, mulai selingkuh sama Tuhan, mencari kesenangan dunia, mengizinkan dosa terjadi, menjadi hambatan bagi pekerjaan Roh Kudus dan macam-macam lagi.

Kenapa seseorang itu sanggup mendua hati? Kerana terlalu mengikut ketetapan manusia dan bukannya Tuhan. Kerana di dalam hatinya sudah diberikan izin untuk iblis bekerja. Kerana tidak taat kepada perintah dan Firman-Nya. Kerana tidak ada dasar firman Tuhan di dalam hidupnya. Kerana tidak ada perhubungan yang intim dengan Tuhan. Kerana tidak mencintai Tuhan dengan segenap hatinya. Ini adalah beberapa sebab di antara sebab-sebab yang lain. Janganlah mendua hati dalam mengikuti Tuhan. Janganlah kompromi dengan kebenaran firman-Nya. Setia kepada-Nya dan tinggallah di dalam-Nya. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: