Thursday, June 7, 2018

Revival : God, He is.

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : God, He is.

Hebrews 11:6 (NKJV)  But without faith it is impossible to please Him, for he who comes to God must believe that He is, and that He is a rewarder of those who diligently seek Him.

Ibrani 11:6 (TB)  Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #158. Tahukah anda bahawa Tuhan itu ada? Kita harus percaya adanya Allah yang berkepribadian, tidak terbatas, dan kudus yang memperdulikan kita. Kita harus percaya bahawa Allah akan memberikan upah apabila kita dengan sungguh-sungguh mencari Dia sambil mengetahui bahawa upah yang terbesar adalah sukacita dan kehadiran Allah sendiri. Dia adalah perisai kita dan upah kita yang amat besar. Kita harus dengan tekun mencari Allah dan sungguh-sungguh menginginkan kehadiran dan kasih karunia-Nya.

☕ 🍞  Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah ada, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya. Terkadang kita lupa bahawa Tuhan itu ada. Di saat melewati setiap musim kehidupan kita, kita lupa bahawa Tuhan itu ada. Lalu, kita menjadi gelisah, kita kebuntuan, iman kita tergoncang, daripada fokus kepada Tuhan kita mulai fokus kepada badai serta angin ribut yang datang. Ini kesaksian saya. Dua minggu lalu, saya mengalami kesulitan di dada sebelah kiri. Sakitnya seperti seseorang sedang menikam dada saya. Lalu saya berjumpa dengan doktor dan dia mengatakan bahawa kemungkinan saya ada batu hempedu dan harus buat pembedahan secepatnya. Kemudian dia meminta saya untuk membuat ultrasound. Sebelum saya mendapatkan keputusannya hati saya begitu gelisah, risau. Pada 27hb May 2018 (Ahad), sewaktu di dalam ibadah, Tuhan berbicara dengan suara yang jelas "I am the Lord who heals you..." Keluaran 15:26. Pada masa itu juga, hati saya terus penuh dengan damai dan sukacita melimpah. Saya menangis melihat kebesaran-Nya di dalam situasi yang saya alami. Setelah saya mengambil results saya, puji Tuhan semuanya baik dan tidak ada apa-apa masalah. Seterusnya saya dirujukkan kepada hospital pakar untuk tindakan selanjutnya, puji Tuhan kerana Dia menyertai saya dan telah menyembuhkan saya. Tidak ada apa-apa masalah. Tidak perlu melakukan pembedahan. Tuhan Yesus sudah membereskannya! Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥....!

Iman yang kita miliki harus mengakui dan percaya bahawa TUHAN ITU ADA! Dia ada di setiap musim kehidupan kita. Sometimes we become too overwhelmed by our situations until we forget that "the Lord I AM" is with us. Jika kita mendekat kepada Tuhan, kita harus percaya bahawa Tuhan Yesus ada! Jika kita melayani Tuhan, kita harus percaya bahawa TUHAN YESUS ADA! Bagaimana dengan anda...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: