Friday, June 1, 2018

Revival : Cultivated Soil

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Cultivated Soil

Hebrews 6:7-8 (NKJV)
7 For the earth which drinks in the rain that often comes upon it, and bears herbs useful for those by whom it is cultivated, receives blessing from God;
8 but if it bears thorns and briars, it is rejected and near to being cursed, whose end is to be burned.

Ibrani 6:7-8 (TB)
7 Sebab tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, dan yang menghasilkan tumbuh-tumbuhan yang berguna bagi mereka yang mengerjakannya, menerima berkat dari Allah;
8 tetapi jikalau tanah itu menghasilkan semak duri dan rumput duri, tidaklah ia berguna dan sudah dekat pada kutuk, yang berakhir dengan pembakaran.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #152. Tahukah anda bahawa kita harus menjadi tanah yang subur? Tanah itu "menghasilkan tumbuh-tumbuhan" yang menyenangkan, sehingga tanah itu mendapat "berkat dari Allah." Tetapi kalau tanah yang sama itu kemudian menghasilkan "duri," tanah itu akan dibakar. Maknanya adalah bahawa kita diberkati oleh Allah dengan pengampunan, dan kalau kita menghasilkan buah yang baik, maka kita akan menerima berkat yang lebih lanjut. Tetapi kalau kita hanya menghasilkan dosa dan masalah, maka "api" (kesusahan atau disiplin dari Allah) akan memakan semua hasil itu, dan membersihkan tanah itu. Api itu tidak memusnahkan tanah, tetapi memusnahkan semak duri dan rumput duri. Justru, api yang menakutkan itu yang sebenarnya menolong tanah itu, dan dimaksudkan untuk memulihkan kembali tanah itu. Demikian juga disiplin Tuhan tidak dimaksudkan untuk menyusahkan orang, tetapi untuk mengarahkan orang kepada Dia yang mengasihi kita.

☕ 🍞 Tanah yang subur senantiasa penuh dengan segala zat dan nutrien yang pokok atau tumbuhan perlukan untuk terus membesar dan berbuah. Di kedua petikan firman Tuhan ini, ada dua jenis tanah yang di huraikan marilah kita lihat apa yang boleh kita pelajari daripada kedua-duanya.

➡️Tanah yang menghisap air hujan [tanah yang subur]
Tanah yang subur adalah tanah yang menerima air hujan dan serap ke dalam tanah. Air Kehidupan yang tercurah ke atas tanah yang tandus akan mengakibatkan tanah itu menjadi subur kembali dan mulai menghasilkan buah yang berkualiti tinggi. Yesus adalah sumber air kehidupan yang menghidupkan. Benih firman Tuhan yang jatuh di tanah yang subur akan menghasilkan buah-buah yang berkekalan dan berkualiti tinggi.

➡️Semak duri
Semak duri tumbuh secara bergerombol sehingga sulit untuk dibuang. Walaupun ujung-ujungnya dipotong, namun akar-akarnya tetap tertinggal di dalam tanah. Walaupun benih firman Tuhan ditaburkan di tanah ini, ia tetap akan sesak nafas dan mati. Bukan kerana tiadak ada kuasa di dalam Firman-Nya tetapi oleh kerana tanah itu sendiri. Ya, biarpun semak duri itu ditebas, namun akar semak duri masih ada dan akar itu belum mati.

Apakah anda tanah yang subur ataupun tanah yang bersemak duri...? Apakah semak duri yang sedang bertumbuh di dalam hidup kita yang menghambat benih firman-Nya untuk terus bertumbuh? Semak duri - segala macam dosa yang ada di dalam hidup kita menggerakkan kita untuk tidak respon kepada Firman-Nya. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: