Saturday, August 3, 2019

Revival : Walking in humbleness

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Walking in humbleness

Zechariah 10:12  "So I will strengthen them in the LORD, And they shall walk up and down in His name," Says the LORD.

Zakharia 10:12 (TB)  Aku akan menguatkan mereka, dan mereka akan bermegah di dalam nama TUHAN, demikianlah firman TUHAN.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #215. Tahukah anda bahawa kita harus berjalan di dalam nama Tuhan Yesus? Segenap kehidupan dan perilaku kita harus dikendalikan oleh keinginan untuk memuliakan TUHAN. Kita harus sedar satu hal iaitu keberadaan kita di dalam pelayanan dan sejauh mana kita sudah datang di dalam perjalanan pelayanan ini adalah kerana kasih karunia Tuhan dan kekuatan Roh-Nya yang memampukan kita. Bukan kerana kuat gagah kita namun oleh Kuasa Roh Tuhan yang bekerja lewat hidup kita. Beware of prideful heart. Never take glory for yourself.

☕ 🍞 Terdapat di sana sini, ramai yang "memuliakan" dan "mengagungkan" dirinya sendiri. Amsal 16:18 mengatakan bahawa "Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan". Setiap yang kita miliki hari ini, adalah oleh kerana kebaikan dan kemurahan Tuhan Yesus. Jikalau anda sedang berhasil di dalam pelayanan anda, itu adalah kerana penyertaan Tuhan Yesus. Memang kita dapat bergerak tanpa Tuhan Yesus, tetapi kesudahannya adalah kebinasaan. Tidak salah untuk berbicara dengan penuh semangat dan sukacita mengenai apa yang dilakukan Allah melalui kita, jikalau dilakukan dengan penuh kerendahan hati dan rasa bersyukur kepada Allah. Bermegah jangan dilakukan kerana jumlah hasil saja, tetapi tentang pelayanan yang menghasilkan ketaatan iman dalam ucapan dan kelakuan dalam orang, dan berasal dari pekerjaan dan penyataan sejati dari kuasa Roh.

Tuhan Yesus yang memberikan kita kekuatan dan memampukan kita untuk terbang tinggi bagaikan rajawali 🦅. Rasul Paulus,  dia tidak bermegah atas apa yang dilakukan olehnya tetapi atas apa yang telah dilaksanakan oleh Kristus melalui dia oleh perkataan dan perbuatan, oleh kuasa tanda-tanda dan mukjizat, oleh kuasa Roh. Tujuannya adalah memimpin bangsa-bangsa bukan Yahudi kepada ketaatan kepada Allah. Segala pujian, hormat dan kesyukuran bagi Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita. Adalah satu penghormatan untuk melayani Tuhan. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: