Monday, August 8, 2016

Revival: A Conqueror

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang menggerakkan kita untuk terus menaklukkan setiap tempat kita injak itu kepada Tuhan Yesus. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival: A Conqueror.

Joshua 1:3  Every place that the sole of your foot will tread upon I have given you, as I said to Moses.

Yosua 1:3 (TB)  Setiap tempat yang akan diinjak oleh telapak kakimu Kuberikan kepada kamu, seperti yang telah Kujanjikan kepada Musa.

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #221. Tahukah anda bahawa seorang yang telah mengalami kebangkitan rohani harus juga menjadi seorang penakluk yang menakluki setiap tempat yang Tuhan berikan kepadanya?  A Revivalist is a Conqueror. Seorang yang telah Mengalami kebangkitan rohani sudah pasti tidak akan duduk-duduk saja, tetapi akan ada sepertinya satu api yang membakar di dalam hatinya yang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu dengan api Kebangkitan rohani yang telah dialaminya.

1. A Conqueror
Ulangan 11:24-25 (TB)  Setiap tempat yang diinjak oleh telapak kakimu, kamulah yang akan memilikinya: mulai dari padang gurun sampai gunung Libanon, dan dari sungai itu, yakni sungai Efrat, sampai laut sebelah barat, akan menjadi daerahmu. 
Tidak ada yang akan dapat bertahan menghadapi kamu: TUHAN, Allahmu, akan membuat seluruh negeri yang kauinjak itu menjadi gemetar dan takut kepadamu, seperti yang dijanjikan TUHAN kepadamu.

☕ 🍞 Apabila anda bergerak di dalam gerakan Revival yang Tuhan sedang gerakkan sekarang,  ke mana pun anda diutus, setiap kampung, setiap komuniti, setiap daerah, setiap negara menjadi milik anda, warisan anda. Kerana Tuhan yang memberikan hal itu kepada anda. Tuhan yang menyertai anda dan Tuhan juga yang membesarkan nama anda sehingga orang-orang lain takut. Takut di sini dimaksudkan ialah, rasa hormat kepada  Yosua. Apabila anda bergerak dalam segala kekuatan kuasa Tuhan, maka iblis pun akan gementar, iblis akan ketakutan kerana dia tahu bahawa Tuhan menyertai anda, Tuhan yang menjadi Pahlawan Agung anda. TUHAN, Allahmu, akan membuat seluruh negeri yang kauinjak itu menjadi gemetar dan takut kepadamu, seperti yang dijanjikan TUHAN kepadamu. Pada waktu itulah TUHAN membesarkan nama Yosua di mata seluruh orang Israel, sehingga mereka takut kepadanya, seperti mereka takut kepada Musa seumur hidupnya.

Jadi, apakah anda mau pergi dan melakukan amanat Agung Tuhan? Setiap tempat yang diinjak menjadi milik mu dan Tuhan berdaulat serta bertakhta di tempat itu, di dalam generasi itu, di dalam komuniti itu. Tuhan perlukan orang-orang seperti Joshua yang memiliki Roh yang berbeda yang sanggup dan berani melakukan hal-hal yang dahsyat dan luarbiasa. Bukan Musa, tetapi Yosua lah yang memimpin rakyat Israel ke tanah perjanjian. Jadilah seperti Yosua yang akan memimpin generasi ini untuk merampas kembali generasi ini, bangsa-bangsa, komuniti kita kembali kepada Tuhan. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: