Thursday, August 4, 2016

Revival: Rooted. Grow. Bear.

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang membangunkan kita di atas dasar yang teguh. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival: Rooted. Grow. Bear.

Colossians 2:7  rooted and built up in Him and established in the faith, as you have been taught, abounding in it with thanksgiving.

Kolose 2:7 (TB)  Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur.

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #217. Tahukah anda bahawa kebangkitan rohani yang terjadi di dalam hidup kita supaya kita terus berakar, bertumbuh dan berbuah di dalam Tuhan Yesus.? Revival yang terjadi di dalam hidup kita harus membawa perubahan dalam hidup kita. Kepenuhan hidup kita adalah hanya di dalam Kristus Yesus. Perubahan terjadi apabila kita terus menerus mengizinkan Roh Kudus bekerja di dalam hidup kita. Satu Tindakan susulan selepas Revival yang terjadi di dalam hidup kita adalah hidup yang berakar dan bertumbuh di dalam Yesus. Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Karena itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia.

1. Rooted.  Grow.  Bear
Kolose 1:10 (TB)  sehingga hidupmu layak di hadapan-Nya serta berkenan kepada-Nya dalam segala hal, dan kamu memberi buah dalam segala pekerjaan yang baik dan bertumbuh dalam pengetahuan yang benar tentang Allah,

🍞🙌 Perubahan terjadi apabila ada pertumbuhan. Ada 3 jenis pokok yang saya mau kaitkan dengan Sharing pagi ini.

Pokok yang BERAKAR
🌳 Pokok ini mempunyai akar yang kuat dan makin hari makin mendalam akar pokok itu. Namun demikian, pokok itu tidak bertumbuh dan tidak berbuah. This tree dig deep into the word, but did not practice it. Pokok ini mendalami Firman Tuhan, namun tidak mempraktikkannya. Kepalanya penuh dengan Firman Tuhan dan tidak ada sesiapapun yang dapat menegurnya, atau apa pun. Don't fill your head with the word of God but fill your HEART with the Word of God.

Pokok yang BERAKAR dan BERTUMBUH
🌲 Pokok ini dia berakar dan bertumbuh, namun tidak berbuah. Kenapa demikian pula? Sepatutnya pokok yang berakar dan bertumbuh sudah mampu berbuah. Hal ini terjadi kerana ada sesuatu yang menghalangi pertumbuhan pokok ini. Sepertinya pokok bonsai yang tidak pandai membesar. Pokok ini berakar di dalam Tuhan, mendalami Firman Tuhan, bertumbuh tetapi tidak berbuah kerana tidak mau bergerak melakukan panggilan Tuhan. Mau duduk-duduk saja di zon keselesaannya sehingga terbantutlah pertumbuhannya.

Pokok yang BERAKAR, BERTUMBUH dan BERBUAH.
🌴 Pokok ini BERAKAR, BERTUMBUH dan BERBUAH di dalam Tuhan. Maksudnya, bukan sahaja pokok ini berakar sangat mendalam dalam Firman Tuhan, tetapi ia bertumbuh juga. Pokok ini tidak hanya berakar dan bertumbuh tetapi dia berbuah juga. Inilah pokok yang sihat di dalam Tuhan.

Pilih lah untuk menjadi pokok yang ketiga. Dia mendalami firman TUHAN dan kemudian dia bertumbuh apabila dia mempraktikkan firman TUHAN dalam hidupnya dan akhirnya dia berhasil dalam segala sesuatu yang telah dipercayakan kepadanya oleh Tuhan. The effects of Revival in our lives are a revived life, a changed heart, a fruitful walk with God. Pokok yang mana satu anda? Apakah respon anda hari ini......?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: