Sunday, January 22, 2017

Revival : There's a work to be done

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang penuh dengan pekerjaan Tuhan untuk kita lakukan. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : There's a work to be done

John 10:37 (NKJV)  If I do not do the works of My Father, do not believe Me;

Yohanes 10:37 (TB)  Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku,

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #22. Tahukah anda bahawa pekerjaan Tuhan di kayu salib itu telah selesai bagi pengampunan dosa kita dan sekarang kita harus meneruskan pekerjaan Tuhan dari Salib itu? Selagi bumi masih ada, Tuhan masih berkarya di dalam kehidupan setiap orang. Setiap kita diselamatkan untuk meneruskan apa yang Tuhan Yesus telah lakukan, iaitu memberitakan Injil keselamatan kepada setiap suku bangsa supaya mereka peroleh pengampunan.

1.  There's a work to be done
Yohanes 4:34 (TB)  Kata Yesus kepada mereka: "Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya.

☕ 🍞 Kelaparan fizikal boleh dipuaskan dengan makanan fizikal tetapi kelaparan Spiritual hanya boleh dipuaskan melalui melakukan kehendak Tuhan. Misi Yesus datang ke dunia adalah untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan dan kebinasaan yang kekal. Demikianlah juga kita harus tahu apakah tujuannya Tuhan telah menyelamatkan kita. Get our focus and mission right. Bagi saya, saya mau dunia merasakan kasih Bapa. My focus is on God and my mission is revival...!

Seperti api yang sedang membakar di dalam tulang-tulang kita, demikianlah juga seharusnya rohmu menyala-nyala dan terus menerus membakar bagi melakukan kehendak Bapa. Selagi kita tidak mengenal kehendak Tuhan bagi hidup kita, kita tidak akan pernah bergerak melakukan kehendak-NYA. Apabila anda dapat menangkap degupan jantung Tuhan untuk dunia ini,  saya percaya bahawa anda akan lebih bersungguh sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: