Wednesday, June 21, 2017

Revival : An Encourager

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 🌄 yang membawa kita mendekat kepada Tuhan. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : An Encourager

Joshua 3:9 (NKJV)  So Joshua said to the children of Israel, "Come here, and hear the words of the Lord your God."

Yosua 3:9 (TB)  Lalu berkatalah Yosua kepada orang Israel: "Datanglah dekat dan dengarkanlah firman TUHAN, Allahmu."

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #172. Tahukah anda bahawa seorang pemimpin yang bagus adalah juga seorang yang mendorong seseorang untuk lebih dekat kepada Tuhan? Seorang pemimpin yang prihatin akan kawanannya adalah seorang pemimpin yang akan senantiasa memberikan segala input yang dia ada hanya untuk memastikan kawanannya tetap berakar, bertumbuh dan semakin berbuah di dalam Tuhan Yesus.

☕ 🍞 Joshua adalah seorang pemimpin yang mengambil berat tentang kawanannya. Orang-orang yang mendekat kepada Tuhan akan senantiasa tahu bahawa Tuhan yang hidup ada di tengah-tengah mereka. Joshua tahu bahawa keberhasilannya adalah kerana dia patuh dan taat kepada perintah Tuhan. Jadi jika bangsa Israel mau berhasil maka mereka harus mendekat kepada Tuhan dan juga mendengarkan Firman Tuhan serta taat dan setia dalam melakukan perintah Tuhan.

🌽 🌽 Joshua tahu bahawa pasti akan ada yang ketinggalan dalam perjalanannya jadi untuk mendorong mereka, Joshua memanggil mereka kembali supaya mereka mendengarkan Firman Tuhan serta mendekat kepada Tuhan kerana Tuhan dekat kepada mereka yang dekat kepada-Nya. Dorongan ini secara tidak langsung memberikan mereka kekuatan untuk terus maju, untuk pergi menawan tanah perjanjian yang Tuhan telah janjikan kepada mereka.

Apa yang dapat kita pelajari daripada pribadi Joshua ini? Saya melihat Joshua seperti seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja demi kebaikan bangsa Israel. Baik dari segi kerohanian dan juga dari segi keperluan, Joshua dipakai oleh Tuhan untuk memimpin bangsa Israel supaya mereka tetap mengikuti Tuhan dan beribadah kepada-Nya. Bagaimana dengan anda? Adakah anda seorang pemimpin? Bagaimana keadaan kawanan anda? Apakah respon anda hari ini......?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: