Tuesday, August 29, 2017

Revival : Die hard

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang membangkitkan kita untuk terus memikul Salib kita dan mengikut Yesus.

Revival : Die hard

Matthew 16:24 (NKJV)  Then Jesus said to His disciples, "If anyone desires to come after Me, let him deny himself, and take up his cross, and follow Me.

Matius 16:24 (TB)  Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #241. Tahukah anda bahawa Tuhan Yesus telah berkata bahawa sesiapa yang mau mengikuti-Nya, harus memikul salibnya? Ramai orang yang Kristian tetapi bukan semua Kristian adalah murid dan pengikut Yesus. Ramai yang mengatakan bahawa "saya Kristian" tetapi tidak memikul salibnya. Memikul salib bukanlah bermakna anda memakai loket salib itu. Itu bukannya maksud memikul salib. Ramai yang mengatakan bahawa "saya Kristian" tetapi tidak menyangkal dirinya.

☕ 🍞 Ada tiga mesej yang Tuhan Yesus sampaikan di sini. Ketiganya tertuju pada satu maksud tetapi apabila dihuraikan, wowwww satu hal yang luar biasa tersirat tersembunyi. Sudah banyak kali juga saya membaca Firman Tuhan ini, tetapi baru kali ini saya benar-benar mengertikannya. Ayuh kita belajar bersama.

1. Mengikut Aku
> Seperti saya tuliskan tadi, ramai yang mengakui bahawa dirinya Kristian, tetapi bukan semua yang mengikuti Yesus. Seorang Kristian sejati bukanlah seorang Kristian keturunan, atas nama dan bukanlah yang selalu pergi ke gereja atas dasar rutin mingguan. Seorang Kristian sejati adalah seorang murid Kristus. God is looking for disciples and not just any Christians. Ramai yang tidak mau menjadi murid kerana mereka seolah olah sudah tahu segalanya. Tidak mau menerima arahan serta tidak mau melakukan perintah Tuhan. Seorang murid ataupun seorang pengikut Yesus bukan saja mendengar dan melihat apa yang telah Yesus lakukan, tetapi dia juga akan turut melakukannya. Mengikuti Yesus bukan bermaksud tinggal bersama Yesus tetapi TINGGAL DI DALAM TUHAN YESUS. You may walk with Jesus but how many of us are walking in Jesus?

2. Menyangkal Dirinya
> Ramai yang katakan bahawa "saya Kristian" tetapi masih lagi belum meninggalkan cara hidup yang dulu. Menjadi pengikut-Nya ataupun murid-Nya adalah untuk menyangkal diri kita dan melakukan kehendak-NYA. To deny ourselves means that His dreams becomes our dreams. His desire becomes our desire. His plans becomes our plans. Menyangkal segala tentang diri kita dan melakukan segala yang Dia pinta daripada kita. Sepertinya sepasang suami isteri, apabila mereka kahwin, bukan lagi mereka dua tetapi menjadi satu. Bukan lagi You you, I I, but WE. Demikianlah juga kita harus menjadi satu dengan Kristus. You live to fulfil the desires, the plans, the purpose and the will of God. Bukan bermaksud Tuhan tidak pedulikan diri kita, tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenaran-Nya (Mat 6:33).

3. Memikul salibmu.
> Menjadi satu trend sekarang di mana orang memakai loket salib yang besar besar, ada yang dari emas dan perak. Tidak salah memakai loket salib. Tetapi yang menjadi salah ialah apabila sang pemakai loket pergi tikam nombor, tengok pornografi, mabuk minum, lagi teruk budak perempuan ambil selfi telanjang dengan pakai loket salib. Maafkan saya kerana berkata hal yang benar dan sedang terjadi pada masa ini. Memikul salib bermaksud, sanggup kah jita melewati segala penghinaan, segala cemoohan dan apapun yang telah Yesus lewati kerana Injil? Adakah kita sanggup membayar harga untuk mengikut Tuhan Yesus? Perbuatan memikul salib adalah sebenarnya hukuman bagi penjenayah dan hukuman sedemikian telah diberikan kepada Tuhan Yesus.

Saudara dan saudari sekalian, adakah anda seorang pengikut Yesus Kristus? Adakah anda seorang murid Tuhan Yesus? Menjadi pengikut-Nya harus ada komitmen. Seperti dalam perkahwinan, suami komited kepada isteri dan isteri komited kepada suami, demikianlah juga komitmen anda dalam mengikuti Tuhan Yesus. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: