Sunday, August 13, 2017

Revival : Do Not Fear

Sarapan 🍳 🍉 🌽 🍔 🍟 🍗 🍕 🍖 🍝 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌯 🌮 🍗 🍟 pagi 🌅 🌄 yang memberikan keberanian pada kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Do Not Fear

1 Samuel 17:10-11 (NKJV)  And the Philistine said, "I defy the armies of Israel this day; give me a man, that we may fight together."
When Saul and all Israel heard these words of the Philistine, they were dismayed and greatly afraid.

1 Samuel 17:10-11 (TB)  Pula kata orang Filistin itu: "Aku menantang hari ini barisan Israel; berikanlah kepadaku seorang, supaya kami berperang seorang lawan seorang."
Ketika Saul dan segenap orang Israel mendengar perkataan orang Filistin itu, maka cemaslah hati mereka dan sangat ketakutan.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #225. Tahukah anda bahawa iblis sangat suka jika anda hidup dalam ketakutan? The devil wants us to live in fear. Fear of rejection. Fear of correction. Fear of being intimidated. Fear of being offended. Fear of heights. Fear of this and that. You name it. Iblis mahukan anda tetap terperangkap di dalam ketakutan.

☕ 🍞 Cuba anda bayangkan, jika anda berada di medan peperangan masa itu, dan si Goliath seorang ini datang dan mencabar pasukan tentera anda dan anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali tunduk dan diam kerana rasa takut. Orang Filistin ini menghantar si Goliath saja dan yang semua di belakang Goliath dan tidak menyerang kerana mereka tahu bahawa si Goliath ini kuat dan tidak ada yang berani melawannya. Fakta mengatakan bahawa ketinggian Goliath adalah enam hasta sejengkal ataupun lebih kurang 9 hingga 10 kaki tinggi. Disebabkan ketinggiannya maka tentera Israel takut kepada dia dan Goliath menjadi harapan orang Filistin.

🌽 🍧 Seperti Goliath, iblis juga menggunakan sesuatu yang anda takutkan sangat dan menggunakan hal itu terhadap anda. The enemy feeds on your greatest fear. Iblis menyerang fikirkan anda dan di sana dia menabur segala keraguan, ketakutan, tipu muslihatnya lalu kita termakan umpannya sehingga kita merasa takut. Jika kita menaruh segala harapan kita, fokus kita, hati kita kepada Tuhan, pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat apabila anda berseru kepada Tuhan.

Saul dan tentera Israel melihat apa yang ada di hadapan mata mereka lalu menjadi takut tetapi mereka tidak melihat kuasa Tuhan yang menyertai mereka. Apabila anda fokus kepada Tuhan maka tiada ruang untuk iblis menabur benih-benih ketakutan di dalam fikiran anda. Janganlah biarkan iblis menabur ketakutan di dalam hidup anda tetapi lawan si jahat dengan Firman Tuhan yang telah anda terima kerana Firman Tuhan itu adalah pedang yang bermata dua. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: