Sunday, August 6, 2017

Revival : Every tongue confess

Sarapan 🍳 🍉 🌽 🍔 🍟 🍗 🍕 🍖 🍝 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌯 🌮 🍗 🍟 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk menyebarkan Injil keselamatan. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Every tongue confess

Philippians 2:11 (NKJV)  and that every tongue should confess that Jesus Christ is Lord, to the glory of God the Father.

Filipi 2:11 (TB)  dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #218. Tahukah anda bahawa Injil harus diberitakan sehingga setiap lidah mengaku bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan? Surga bumi menyatakan kebesaran dan kemuliaan Tuhan Yesus. Tetapi masih ada lagi ramai yang belum mengenal Tuhan Yesus.

☕ 🍞 Adakah anda sedang bergerak sehinggakan setiap lidah mengaku bahawa Yesus Kristus Tuhan? Kepada siapakah berita Injil keselamatan ditujukan? Kepada semua bangsa  yang kocar-kacir oleh kerana pemberontakan mereka, dosa mereka. Mereka inilah yang diminta untuk kembali kepada Tuhan, Allah yang sejati itu, untuk dapat diselamatkan karena Dia setia akan janji-Nya. Mereka diminta untuk berpaling kepada Tuhan dan bukan bersandar pada dewa-dewi sesembahan mereka, dukun dukun dan bomoh bomoh mereka agar dapat diselamatkan. Masih lagi ada yang terikat dengan perkara perkara ini, berjudi, mabuk minum, percabulan, penzinaan, hubungan sejenis dan sebagainya. Mereka inilah yang perlukan Tuhan.

🌽 🐡 Izikan Tuhan menjadikan kita pemberita kebenaran ini, supaya banyak orang boleh mendengar dan diselamatkan. Keselamatan yang Allah karuniakan kepada Israel menjadi gambaran keselamatan kekal yang akan Allah kerjakan bagi seisi dunia. Keselamatan yang Tuhan telah kerjakan di dalam hidup kita menjadi harapan juga bagi bangsa lain untuk datang kepada Tuhan jika kita sanggup memberitakannya kepada dunia ini.

Apakah anda tidak merindukan melihat mereka yang lain pun mengakui bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan dan Penyelamat mereka? Apakah tindakan anda? Bapa kita yang di surga mengundang semua orang, segala bangsa yang hidup dalam kegelapan untuk datang dan membuka diri kepada-Nya. Hanya dengan pertobatan, dampak kegelapan akibat memercayai yang palsu dapat dipatahkan. Dengan bertobat, seseorang menyambut uluran tangan penyelamatan Allah. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: