Wednesday, August 2, 2017

Revival : Never give in

Sarapan 🍳 🍉 🌽 🍔 🍟 🍗 🍕 🍖 🍝 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌯 🌮 🍗 🍟 pagi 🌅 🌄 yang memperkuatkan kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Never give in

Ephesians 4:27 (NKJV)  nor give place to the devil.

Efesus 4:27 (TB)  dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #214. Tahukah anda bahawa secara tidak langsung, kita memberikan iblis peluang untuk menghancurkan hidup kita? Salah satu pertahanan kita terhadap serangan Iblis ialah kesadaran akan upaya musuh yang terus-menerus untuk beroleh keuntungan atas kita dan membuat kita menyimpang dari penyerahan kita kepada Kristus.

☕ 🍞 Kita memiliki
(1) musuh yang sama - Iblis
(2) bahaya yang sama - beroleh keuntungan atas kita
(3) perlindungan yang sama - kita tahu apa maksudnya.

Kemenangan orang percaya telah diperoleh oleh Kristus sendiri melalui kematian-Nya di salib. Yesus telah melancarkan serangan yang berhasil terhadap Iblis, melucuti kuasa dan penguasa kejahatan  membawa tawanan-tawanan, dan menebus orang percaya dari kuasa Iblis. Tetapi, terkadang kita kembali memberikan ruangan kepada iblis dalam hidup kita.

🌽 🥗 Anda sedarkah bahawa pekerjaan iblis adalah untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Tuhan Yesus datang supaya manusia mendapat hidup yang berkelimpahan. Iblis mencuba segala macam helah yang dia ada hanya untuk menjatuhkan seseorang dan terus melumpuhkan kerohaniannya sehingga dia tidak mampu untuk bangkit sendiri. Tuhan Yesus mengatakan bahawa "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuh-Mu menjadi tumpuan kaki-Mu?" Ini bermaksud kita harus punya satu perhubungan yang sangat intim dengan Tuhan Yesus sehinggakan tiada ruangan bagi iblis untuk mengacau hidup anda dan sehingga anda menakluki musuh di bawah kaki anda.

Saudara dan saudari sekalian, hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini. Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa. True Revival is when God is the King 👑 of your life and He is in control of your life. Tidak ruang untuk iblis. Pastikan perhubungan kita dengan Tuhan senantiasa fresh. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: