Thursday, September 28, 2017

Revival : The Lord who sent me

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang penuh dengan penyertaan Tuhan. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : The Lord who sent me

John 8:29 (NKJV)  And He who sent Me is with Me. The Father has not left Me alone, for I always do those things that please Him."

Yohanes 8:29 (TB)  Dan Ia, yang telah mengutus Aku, Ia menyertai Aku. Ia tidak membiarkan Aku sendiri, sebab Aku senantiasa berbuat apa yang berkenan kepada-Nya."

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #271. Tahukah anda bahawa Tuhan yang mengutus anda, dan Dia juga menyertai anda? Penyertaan Tuhan Yesus di dalam hidup kita sehingga ke akhir zaman, itulah janji-Nya. Biarpun seolah olah anda bergerak sendiri namun anda tidak keseorangan kerana Tuhan ada bersama anda.

☕ 🍞 Sewaktu saya membaca Firman Tuhan ini, saya membacanya dalam tiga bahagian. Setiap bahagian itu sangatlah bermakna bagi saya.

✝️Ia mengutus aku
⏭️ Adakah anda sedar bahawa anda adalah utusan Tuhan kepada dunia ini? We are here not build an empire or a name and fame, but to declare the wondrous works of God, to bring the light into darkness, to be the salt for this world. Kita diutus untuk melakukan kehendak-NYA. Tuhan Yesus sedar akan hal ini iaitu Dia diutus oleh Bapa untuk melakukan kehendak-NYA. Adakah anda sedari akan hal ini? Kita telah diutus untuk melakukan kehendak-NYA dan kerindua-Nya tetapi adakah kita benar-benar sedang melaksanakannya?

✝️Ia menyertai kita
⏭️ Jangan bimbang jangan takut kerana Tuhan yang mengutus anda turut menyertai anda hingga ke akhir zaman. Inilah janji Tuhan Yesus kepada kita semua. Seolah olah kita berjalan sendirian namun tidak keseorangan kerana hadirat Tuhan menyertai kita. Roh Kudus diberikan kepada kita semua. Every situation you go through in your life is a training and learning process. Never give up before you win. From faith to faith. Glory to glory. He is with you in every seasons of your life.

✝️Yang berkenan kepada Tuhan
⏭️ Apa yang berkenan kepada Tuhan? Selain melakukan kehendak-NYA, kita juga harus  mempersembahkan tubuh kita sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadah kita yang sejati. Kita harus melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan. Salah satu Kepribadian Tuhan kasih maka sepertimana Tuhan mengasihi kita demikianlah juga kita harus mengasihi sesama manusia.

Saudara dan saudari sekalian, ketahuilah bahawa Tuhan menyertai kita sehingga ke akhir zaman. Janganlah takut melangkah melakukan Amanat Agung-Nya yang telah dipercayakan kepada anda. Lakukanlah apa yang berkenan di mata Tuhan. Apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: