Friday, September 15, 2017

Revival : There Will be miracles when you believe.

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk berdoa bersungguh-sungguh. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : There Will be miracles when you believe.

Mark 11:24 (NKJV)  Therefore I say to you, whatever things you ask when you pray, believe that you receive them, and you will have them.

Markus 11:24 (TB)  Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #258. Tahukah anda bahawa apabila anda berdoa bersungguh-sungguh dengan iman kepercayaan yang anda kepada Tuhan, maka hal itu pasti akan terjadi? Saudara dan saudari sekalian, apakah inti doa anda hari ini? Adakah anda sedang mendoakan hal itu dengan sungguh-sungguh? Elia adalah manusia biasa sama seperti kita, dan ia telah bersungguh-sungguh berdoa, supaya hujan jangan turun, dan hujan pun tidak turun di bumi selama tiga tahun dan enam bulan.

☕ Apa yang saya pelajari dari petikan firman Tuhan ini adalah sesuatu yang menakjubkan bagi saya. Sebelum saya kongsikan, izinkan saya untuk mengatakan bahawa selama beberapa hari lalu Tuhan sedang berbicara kepada saya tentang doa dan gerakan itu sangat mendesak hati saya untuk berdoa bagi negara kita Malaysia 🇲🇾 dan terutamanya Borneo. Saya tidak tahu apa yang harus didoakan tetapi apabila saya mula berdoa, satu demi satu Roh Kudus tunjukkan kepada saya. Demikianlah juga dengan renungan harian saya. Jadi, apa yang saya pelajari dari petikan Firman Tuhan ini?

1️⃣ Apakah yang sedang anda minta dan doakan?
➡️Saya tidak tahu tentang anda, tetapi satu hal yang saya doakan selalu adalah untuk kebangkitan rohani terjadi. Hati saya sangat terbeban untuk hal ini. Saya mau melihat bangsa-bangsa kembali kepada Tuhan, berbalik daripada jalan-jalannya yang jahat dan beribadah kepada Tuhan. Pemulihan rohani terjadi di negara kita, di kalangan suku bangsa kita. Supaya mereka kembali kepada kasih yang semula. Setiap kali kita meminta untuk diri saya, aku dan sendiri, tetapi pernahkah kita terfikir untuk berdoa bagi orang lain, negara lain, bangsa lain? Satu yang saya minta ialah untuk melihat kebangkitan rohani terjadi sebelum saya kembali ke surga. Apakah yang sedang anda minta dan doakan?

2️⃣ Adakah anda PERCAYA dengan bahawa anda akan menerima?
➡️Kunci dalam doa adalam iman kepercayaan kita. Oleh kerana iman itu maka kita bersungguh-sungguh berdoa kerana kita percaya bahawa Tuhan menjawab doa kita. Elia manusia biasa seperti kita, tetapi dia berdoa bersungguh-sungguh kerana dia percaya bahawa Tuhan sanggup melakukan segala sesuatu. Adakah anda percaya bahawa Tuhan mendengar doa anda dan Dia juga akan menjawabnya? Saya percaya kebangkitan rohani akan terjadi.

3️⃣ Hal itu diberikan kepada anda
➡️Apabila anda berdoa dan percaya bahawa anda telah menerima jawaban doa anda, maka hal itu akan diberikan kepada anda.

Apakah yang sedang anda doakan? Belum melihat jawapannya lagi? Come on, hang in there! Jangan putus asa. Mukjizat itu nyata. Tuhan bisa melakukan hal yang dahsyat dan luarbiasa. Saya percaya bahawa kebangkitan rohani akan terjadi, tetapi mengikut waktu Tuhan. Percaya yang menerima bukanlah iman yang dapat dihasilkan oleh manusia; tetapi, itulah iman yang percaya yang diberikan kepada hati orang percaya oleh Allah sendiri. Kadang-kadang jawaban atas suatu permohonan yang diinginkan oleh iman itu datang segera; saat lain tidak demikian. Namun Allah memberikan iman untuk mengetahui bahwa doa yang dipanjatkan telah didengar dan permohonan itu akan dikabulkan. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: