Saturday, September 2, 2017

Revival : Remain Faithful

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk tetap setia dan takut akan Tuhan. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Remain Faithful

1 Samuel 12:24 (NKJV)  Only fear the Lord, and serve Him in truth with all your heart; for consider what great things He has done for you.

1 Samuel 12:24 (TB)  Hanya takutlah akan TUHAN dan setialah beribadah kepada-Nya dengan segenap hatimu, sebab ketahuilah, betapa besarnya hal-hal yang dilakukan-Nya di antara kamu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #245. Tahukah anda bahawa Tuhan meminta kesetiaan daripada kita? Terkadang kita dengan begitu mudah beralih kesetiaan kita kepada hal-hal yang lain. Kita terdorong untuk mengikuti dewa dewa, bomoh, hal-hal yang bertentangan dengan Firman Tuhan kerana kita mau MELIHAT mujizat atau jawapan yang nyata di depan mata kita tetapi kita tidak sedar bahawa itu adalah hanya sementara sahaja. Mengikuti Tuhan bukan dengan apa yang kita lihat tetapi dengan segenap hati kita, dan iman kepercayaan kita.

☕ 🍞 Ada tiga mesej yang Tuhan Yesus mau sampaikan di sini. Apabila saya membaca Firman Tuhan ini, wowwww memang luarbiasa sekali kerana ini menuntut komitmen kita kepada Tuhan. Bukan komitmen yang alang alang tetapi dengan segenap hati kita.

1. Takut akan Tuhan
> Takut akan Tuhan bukanlah bermaksud sepertinya kita takut tengok hantu atau apa. Takut akan Tuhan bukanlah juga bermaksud saat anda di kejar oleh lipas, tikus ataupun anjing. Takut ini bermaksud hormat kepada Tuhan. Hormatilah Tuhan dalam segala cara hidup kita. Hormatilah Tuhan melalui kesaksian hidup kita. Hormatilah Tuhan melalui kasih anda kepada-Nya.

2. Setia beribadah kepada Allah dengan segenap hati
> Seperti yang saya katakan tadi, kesetiaan meminta komitmen. Komitmen meminta kesungguhan kita dalam mengikuti Tuhan Yesus. Komitmen ini hanya terjadi jika kita ada satu perhubungan yang sangat intim dengan Tuhan Yesus. Sekali lagi gambaran sepasang suami isteri. Suami berkomited kepada isterinya dan isteri komited kepada suaminya. Jangan curang sama Tuhan. Katanya percaya sama Tuhan Yesus, tetapi pergi juga tengok bomoh. Katanya mencintai Tuhan Yesus tetapi pergi menyembah berhala. Di manakah kepercayaan kita, komitmen kita, kesetiaan kita kepada Tuhan Yesus?  Anda dan saya adalah pengantin Yesus, jadi kita harus setia pada yang satu dan bukannya setia kepada beberapa.

3. Kerana hal-hal yang besar telah dilakukan oleh Tuhan.
> Hal-hal yang besar telah dilakukan oleh Tuhan dan anda pun telah melihatnya jadi kenapa kita masih mau curang sama Tuhan? Hanya kerana Tuhan tidak menjawab doa anda pada saat yang anda maukan, anda mulai mencari sumber lain untuk mendapatkan jawapan dan kepuasan anda. Bukannya Tuhan tidak menjawab tetapi kita yang tidak sabar. Pengalaman anda bersama Tuhan adalah sangat berharga dan jangan pernah lupakan bagaimana Tuhan telah campur tangan di dalam hidup kita.

Jadi bagaimana sekarang? Adakah kita sedang berlaku tidak setia sama Tuhan? Selidiki hati kita saudara dan saudari sekalian. Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: