Wednesday, January 3, 2018

Revival : I am not of the world

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menyedarkan kita akan asal usul kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : I am not of the world

John 8:47 (NKJV)  He who is of God hears God's words; therefore you do not hear, because you are not of God.

Yohanes 8:47 (TB)  Barangsiapa berasal dari Allah, ia mendengarkan firman Allah; itulah sebabnya kamu tidak mendengarkannya, karena kamu tidak berasal dari Allah.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #3. Tahukah anda bahawa anda berasal daripada Tuhan? Firman Tuhan yang disampaikan oleh Yesus berasal daripada Tuhan dan jika kita berasal daripada Tuhan, maka kita sudah mengangkapinya dan tinggal di dalam-Nya. Seseorang yang "berasal" daripada Tuhan Ia mau dan bersedia mendengarkan firman Allah. Dia juga akan memahami dan mencerna firman Allah, ia mendengarkannya dengan sedemikian rupa sehingga mengenali suara Allah di dalamnya, yang tidak bisa diperbuat oleh manusia duniawi.

☕ 🍞 Mendengar firman Yesus bermaksud mendengar kebenaran kerana yang disampaikan adalah kebenaran yang berasal dari Allah. Kebenaran sejati akan menguakkan penipuan. Orang percaya tidak akan kompromi lagi pada tipu muslihat kerana penipuan dan kebenaran tidak pernah sejalan. Tipu muslihat milik Iblis; kebenaran milik Allah. Ramai orang Kristian yang masih lagi kompromi dengan dosa dan tipu muslihat iblis meskipun mereka tahu bahwa itu akan membawa ketakutan dan membuat hidup jadi kacau. Biasanya penipuan atau dusta pertama akan melahirkan dusta-dusta berikutnya. Orang Kristian seperti ini belum melepaskan diri dari jerat Iblis. Pengikut Yesus harus menjadikan kebenaran sebagai dasar hidup merdeka. Kebenaran membawa hidup orang Kristian untuk semakin mengenal Allah. Kebenaran juga yang akan membongkar setiap dusta. Maka sebagai pengikut Yesus, hiduplah dalam kebenaran-Nya!

Kita berasal daripada Tuhan kerana kita diciptakan segambar dan serupa Tuhan. Jika kita adalah milik Tuhan maka sudah pasti kita akan mendengarkan firman-Nya dan melakukan perintah-perintah-Nya. Adakah kita berasal daripada Tuhan? Marilah kita sama-sama selidikinya. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: