Tuesday, January 9, 2018

Revival : Unless it dies

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menjadikan kita tanah yang subur. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Unless it dies

John 12:24 (NKJV)  Most assuredly, I say to you, unless a grain of wheat falls into the ground and dies, it remains alone; but if it dies, it produces much grain.

Yohanes 12:24 (TB)  Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya jikalau biji gandum tidak jatuh ke dalam tanah dan mati, ia tetap satu biji saja; tetapi jika ia mati, ia akan menghasilkan banyak buah.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #9. Tahukah anda bahawa sekiranya "benih" firman-Nya jatuh pada tanah yang subur maka Ia akan menghasilkan buah yang lebat? Adakah kita tanah yang subur yang menerima taburan "benih-benih" Firman Tuhan? Adakah benih-benih firman-Nya berakar di dalam hidup kita? Tanah yang subur akan memberikan hasil berkualiti dan bermutu tinggi. Tanah yang subur akan selalu memberikan buah-buahan yang bagus.

☕ 🍞 Di manakah benih Firman Tuhan ditaburkan hari ini? Di tanah yang berbatu? Di tanah yang bersemak duri? Di tepian jalan? Atau di tanah yang penuh dengan segala zat dan nutrien yang memastikan benih firman-Nya berakar, bertumbuh dan semakin berbuah? Jikalau kita mahukan buah durian, maka bijinya harus ditanam terlebih dahulu jika kita simpan biji itu di dalam laci, biji itu tidak akan ada akarnya dan tidak akan bertumbuh. Ia memerlukan tanah yang subur supaya ia boleh berakar, bertumbuh dan berbuah.

Terkadang kita hanya "menyimpan" firman Tuhan di dalam laci sahaja dan bila diperlukan barulah kita mencarinya. Jikalau begitulah kondisinya, maka pertumbuhan rohani kita pun tidak akan maju dan berhasil kerana firman-Nya tidak berakar di dalam hidup kita. Kita adalah tanah yang saya maksudkan ini kerana awal penciptaan kita berasal daripada tanah lalu Tuhan membentuk kita menjadi segambar dengan-Nya dan diberikan nafas kehidupan. Benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu lalu memahaminya, dan berbuah banyak; ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang tiga puluh kali ganda. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: