Tuesday, January 15, 2019

Revival : Accomplishments of the works

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Accomplishments of the works



2 Chronicles 8:16  Now all the work of Solomon was well-ordered from the day of the foundation of the house of the LORD until it was finished. So the house of the LORD was completed.

2 Tawarikh 8:16 (TB)  Maka terlaksanalah segala pekerjaan Salomo, dari hari dasar rumah TUHAN diletakkan sampai kepada hari rumah itu selesai. Dengan demikian selesailah sudah rumah TUHAN.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #15. Tahukah anda bahawa jikalau anda berketetapan untuk melakukan sesuatu bagi nama TUHAN, maka itu pasti akan berhasil? Penyertaan Tuhan di dalam hidup kita adalah sangat penting untuk keberhasilan kita di dalam apa jua pekerjaan dan pelayanan yang kita lakukan. Tanpa Tuhan di samping kita, tak mungkin kita dapat berhasil. Pencapaian atau keberhasilan dalam dunia kerja begitu penting kerana memperlihatkan keberhasilan seseorang dalam pekerjaannya. Maka meraih pencapaian setinggi-tingginya dapat menjadi motivasi yang mendorong seorang pekerja untuk maju. Begitu juga dengan kehidupan kerohanian kita dan kehidupan seharian orang-orang yang beriman. Kunci kepada pencapaian yang luar biasa adalah apabila Tuhan Yesus menyertai kita.

☕ 🍞 Salomo berhasil oleh kerana penyertaan Tuhan di dalam hidupnya. Kalau kita kilas balik serta menyelidiki sejarah hidup Salomo dan Daud, ayahnya, maka kita akan mengingat bahawa Tuhan pernah berjanji kepada Daud mengenai anaknya. Pencapaian yang diraih Salomo dalam masa pemerintahannya memang  luar biasa. Namun ingatan akan janji Tuhan kepada Daud akan mengarahkan kekaguman kita kepada Allah kerana Dia telah menepati janji-Nya.

Penyertaan Tuhan di dalam hidup Salomo begitu nyata sekali kerana :

🔴 Salomo taat dan setia
🔴 Salomo bertekad untuk membina bait suci Tuhan
🔴 Salomo mengikuti jejak langkah Daud
🔴 Salomo takut akan Tuhan
🔴 Salomo rendah hati di hadapan Tuhan

Dan beberapa lagi perkara yang ada pada Salomo.

Tuhan yang memanggil Salomo Tuhan juga setia dan akan melakukan segala sesuatu yang telah dijanjikan oleh-Nya. Begitu juga dengan kita semua. Tuhan Yesus yang memanggil dan memilih anda, Dia juga setia dan akan melaksanakan segala janji-Nya di dalam hidup kita sehinggalah semuanya selesai dan kita kembali kepada Tuhan Yesus. Bagaimana dengan anda? Adakah kita sedang melakukan segala sesuatu untuk nama TUHAN dan bagi kemuliaan-Nya atau kita melakukannya untuk meraih keuntungan bagi kita? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: