Saturday, January 5, 2019

Revival : Spiritual death

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Spiritual death



1 Chronicles 10:13  So Saul died for his unfaithfulness which he had committed against the LORD, because he did not keep the word of the LORD, and also because he consulted a medium for guidance.

1 Tawarikh 10:13 (TB)  Demikianlah Saul mati karena perbuatannya yang tidak setia terhadap TUHAN, oleh karena ia tidak berpegang pada firman TUHAN, dan juga karena ia telah meminta petunjuk dari arwah,



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #5. Tahukah anda bahawa perbuatan kita yang tidak setia boleh menyebabkan kematian? Ya! Ia boleh menyebabkan kematian secara rohani. Hidup namun seperti mayat! Kematian Saul dan ketiga anaknya yang sangat tragik dikisahkan dengan sangat mencekam. Kekalahan total dialami Saul kerana tentara Israel melarikan diri dan banyak yang mati terbunuh dan Saul sendiri, serta seluruh keluarganya, juga mati; sesudah itu seluruh orang Israel melarikan diri. Semua kehormatan yang diterima Saul sebagai raja hilang lenyap dalam kekalahan dan kematiannya. Kepemimpinan Saul sebagai raja berakhir kerana ketidaksetiaannya terhadap Tuhan  meminta petunjuk dari arwah adalah salah satu perbuatan Saul yang merupakan kekejian bagi Tuhan. Pada awalnya, Tuhan hendak mengokohkan kerajaan Saul untuk selama-lamanya. Tetapi, kerana ia tidak setia terhadap firman Tuhan maka ia telah ditolak sebagai raja atas Israel.

☕ 🍞 Umat Tuhan, senantiasa dipanggil untuk hidup dalam ketaatan dan kesetiaan terhadap firman-Nya. Kegagalan mereka bukan berarti gagalnya rencana keselamatan Tuhan bagi dunia ini. Tuhan mengangkat seorang pemimpin baru. Melalui Daud, Ia menjanjikan suatu kerajaan yang kekal, yang digenapi di dalam Yesus Kristus. Kita sering tidak setia kepada Tuhan. Seorang pemimpin rohani dapat gagal secara moral, dan oleh kerana itu ditolak selama-lamanya oleh Allah dari kedudukan rohani, namun tetap terbuka untuk menerima pengampunan, keselamatan, dan persekutuan yang sempurna dengan Allah. Janganlah kiranya kita ditolak oleh Tuhan kerana pemberontakan kita. Ayuh, cepat² berbalik kepada Tuhan dan bertobat sungguh-sungguh. Seseorang itu mati rohaninya apabila dia beralih kesetiaannya ketika dia berpaling daripada Tuhan. Saya mengatakan begitu kerana apabila seseorang itu berpaling daripada Tuhan dia sudah pergi mencari hal-hal duniawi sehingga makin merosot rohaninya. Itulah yang saya maksudkan dengan kematian rohani.

Kesetiaan kita kepada Tuhan adalah sangat penting. Tanpa ketaatan dan kesetiaan kita kepada Tuhan, kita senang selingkuh dan curang terhadap Tuhan. Kesundalan rohani ini tidak bagus bagi kesihatan rohani kita.  Penzinaan rohani ini akan menyebabkan kematian rohani di dalam hidup kita dan kita akan terpesong daripada perjalanan hidup kita bersama dengan Tuhan. Bagaimana keadaan kesetiaan anda kepada Tuhan? Kita sudah memasuki hari yang kelima. Janganlah lambatkan hal ini tetapi bertobatlah secepatnya. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: