Sunday, January 13, 2019

Revival : Prepare to build

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Prepare to build



2 Chronicles 3:1  Now Solomon began to build the house of the LORD at Jerusalem on Mount Moriah, where [the LORD] had appeared to his father David, at the place that David had prepared on the threshing floor of Ornan the Jebusite.

2 Tawarikh 3:1 (TB)  Salomo mulai mendirikan rumah TUHAN di Yerusalem di gunung Moria, di mana TUHAN menampakkan diri kepada Daud, ayahnya, di tempat yang ditetapkan Daud, yakni di tempat pengirikan Ornan, orang Yebus itu.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #13. Tahukah anda bahawa kita harus bersiap sedia untuk "membina" rumah Tuhan? Ya, benar saudara dan saudari sekalian, bait suci yang mau dibina sekarang adalah diri kita sendiri. Kerana diri kita adalah bait suci Tuhan dan Roh Kudus tinggal di dalam kita. Sepertimana Daud membuat segala persiapan untuk membina bait suci Tuhan, demikianlah juga kita harus mempersiapkan diri kita untuk dibina. Jikalau anda membaca kembali firman Tuhan ini, Bait Suci ini dibina daripada beberapa bahan binaan.

☕ 🍞 Pada hari ini kita akan melihat kepada persiapan pembinaan. Jikalau kita mau membina sebuah rumah baik yang batu atau rumah papan, kita perlu siapkan segala barang binaan yang diperlukan. Begitu juga dengan diri kita. Ada beberapa perkara yang harus kita siapkan sebelum kita boleh dibina.

🔴 Bertobat
👉🏼 Perkara pertama yang kita perlukan adalah bertobat dan berbalik kepada Tuhan Yesus dan mengakui ke-Tuhanan-Nya di dalam hidup kita serta percaya kepada-Nya dengan segenap hati kita. Keterbukaan kita di hadapan Tuhan adalah permulaan pemulihan di dalam hidup kita. Kita harus mengaku semua dosa kita dan meminta pengampunan daripada Tuhan Yesus kerana hanya Dia sahaja yang dapat mengampuni segala dosa kita.

🔴 Mengizinkan Roh Kudus
👉🏼 Seperti saya jelaskan tadi, hati kita harus terbuka untuk Roh kudus membentuk kita. Di dalam masa pembentukan ini, banyak hal yang akan dinyatakan oleh Roh Kudus kepada kita supaya kita mengizinkan Dia bekerja di dalam hidup kita.

🔴 Memelihara
👉🏼 Anggur baru tidak dapat dimasukkan ke dalam kantong yang lama. Demikianlah juga Roh Tuhan tidak boleh diam di rumah yang tercemar dan kotor kerana Dia kudus. Jadi, apabila Roh kudus sudah mulai membentuk hati kita maka kita harus terus memelihara hidup kita sesuai dengan Firman-Nya. Janganlah kita menyimpang daripada kebenaran firman-Nya kerana itu akan memburukkan lagi keadaan kita. Anggur yang baru dituangkan ke dalam kantong yang baru, keduanya dipelihara selamanya oleh Tuhan.

Demikianlah beberapa hal yang kita perlukan persiapkan sebelum pembinaan bait suci iaitu hati kita. Sangatlah penting untuk kita melihat kembali persiapan kita ini. Jika kita tidak pedulikan semua ini maka kita tidak aian melihat bangunan yang kukuh. Dasar kepada pembinaan ini adalah Firman Tuhan. Itu menjadi dasar teguh kita. Dan di atas dasar itu kita akan dibina dan berdiri teguh dan tidak akan tergoyahkan. Bagaimana keadaan bait suci anda hari ini? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: