Saturday, January 26, 2019

Revival : What type of decision are you making

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : What type of decisions are you making?



2 Chronicles 20:3  And Jehoshaphat feared, and set himself to seek the LORD, and proclaimed a fast throughout all Judah.

2 Tawarikh 20:3 (TB)  Yosafat menjadi takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa.




Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #26. Tahukah anda bahawa kita selalu membuat keputusan yang salah di saat kita takut dan gementar? Kita patut mencontohi cara Yosafat. Berhadapan dengan krisis terbesar di dalam hidupnya, Yosafat menangani suatu situasi yang tampaknya pelik dengan cara yang patut dicontohi. Ia mulai mencari Tuhan dengan berpuasa, mengumpulkan orang lain untuk berdoa dan berpuasa, mengakui ketidakmampuannya , menaati Roh Kudus, menaruh kepercayaan pada Tuhan dan firman-Nya  dan mengucapkan syukur kepada Tuhan. Mendengar tentang komplotan yang akan menyerang Yehuda, Yosafat tidak panik meskipun takut. Ia tidak mulai dengan langkah-langkah taktik ketenteraan. Langkah pertamanya adalah keyakinan -- bukan tindakan -- keyakinan dasar penting tentang realiti, bahawa segala sesuatu ada dalam kendali tangan Allah. Dari keyakinan itu lahirlah langkah-langkah Yosafat mencari pimpinan Tuhan, mengerahkan rakyat berpuasa dan berdoa.

☕ 🍞 Rasa takut dan terancam memang akan membuat kita merasa bingung dan seolah kehilangan dasar untuk berdiri. Namun kesedaran dan tindakan Yosafat menjadi teladan bagi kita saat menghadapi rasa takut. Kita memang tidak memiliki kesanggupan dan kuasa untuk mengatasi keganasan orang-orang yang berusaha mengincar kejatuhan kita, atau masalah yang datang bertubi-tubi, tetapi ingatlah bahawa kita punya Tuhan. Mata-Nya tertuju pada kita dan Ia akan menolong kita. Jadi kenapakah saat kita mengalami krisis, kita mencari dukun dan bomoh? Adakah kuasa mereka lebih besar daripada Tuhan Yesus? Perasaan takut adalah normal, tetapi di dalam ketakutan itu janganlah kita melakukan dosa.

Yosafat menunjukkan beberapa kualiti seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus. Iaitu :

🔴 Mencari Tuhan
🔴 Bersatu dalam doa
🔴 Berpuasa
🔴 Yakin bahawa Tuhan sanggup menjawab dan menolong

Ini adalah di antara yang lain yang dapat saya pelajari dari Yosafat. Contohi sikap dan teladan Yosafat. Jikalau kita mengatakan bahawa kita percaya kepada Tuhan Yesus, maka kepercayaan itu menuntut tindakan kita iaitu berserah sepenuhnya kepada Tuhan Yesus. Bukannya percaya sama Tuhan Yesus tetapi pergi berubat atau minta pertolongan sama bomoh dan dukun. Inilah salah satu masalah di dalam suku bangsa kita. Bagaimana dengan anda? Apakah tindakan anda saat anda melewati badai? Adakah anda melakukan sepertimana Yosafat lakukan atau pun sebaliknya? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: