Tuesday, January 22, 2019

Revival : The Lord's help or witchcraft?

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : The Lord's help or witchcraft?



2 Chronicles 16:12  And in the thirty-ninth year of his reign, Asa became diseased in his feet, and his malady was severe; yet in his disease he did not seek the LORD, but the physicians.

2 Tawarikh 16:12 (TB)  Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahannya Asa menderita sakit pada kakinya yang kemudian menjadi semakin parah. Namun dalam kesakitannya itu ia tidak mencari pertolongan TUHAN, tetapi pertolongan tabib-tabib.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #22. Tahukah anda bahawa masih lagi ada orang Kristian yang mencari bomoh dan dukun? Di zaman Asa, ilmu kedokteran kerap bercampur dengan ilmu sihir (dukun). Firman Tuhan ini menegaskan bahawa Asa hanya mencari pertolongan pada tabib-tabib (dukun-dukun), pada hal penyakitnya sebenarnya hukuman dari Allah. Orang sanggup menghabiskan wangnya berdukun daripada datang kepada Tuhan merendahkan diri dan meminta pertolongan-Nya.

☕ 🍞 Manusia lebih percayakan dukun dan bomoh lebih daripada Tuhan. Selalunya, Tuhanlah yang menjadi pilihan akhir setiap orang Kristian. Setelah mencuba itu dan ini dan terus kecewa kerana tidak berhasil, maka Tuhan Yesus yang menjadi pilihan terakhir. Tidak dapat dinafikan bahawa bangsa kita masih lagi terikat dengan perdukunan dan bomoh. Nak buat apa-apa majlis keramaian mesti ada bomoh dan dukun. Seperti juga dengan wanita yang mengalami pendarahan selama 12 tahun. Setelah dia berubat sana sini sehingga wangnya habis, baru kemudian dia datang kepada Tuhan Yesus namun Tuhan Yesus tidak menghardik dia atau menghalau dia. Tuhan Yesus menerima dia dengan penuh kasih karunia-Nya.

Di dalam firman Tuhan ini, mengatakan bahawa Asa biarpun di dalam kesakitan yang parah, dia tetap tidak meminta pertolongan Tuhan. Asa, pada mulanya adalah seorang yang takut akan Allah, tetapi setelah hari kian berlalu dia menjadi sombong dan memberontak terhadap Tuhan. Tangan Tuhan senantiasa terbuka dan menerima setiap orang yang berseru-seru kepada-Nya. Namun Asa tidak melakukan demikian. Bagaimana dengan kita semua? Adakah kita seperti Asa? Adakah anda sedar akan keadaan bangsa kita? Apakah respon anda hari ini.....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: