Wednesday, January 16, 2019

Revival : The advice of the wise

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : The advice of the wise


2 Chronicles 10:8  But he rejected the advice which the elders had given him, and consulted the young men who had grown up with him, who stood before him.

2 Tawarikh 10:8 (TB)  Tetapi ia mengabaikan nasihat yang diberikan para tua-tua itu, lalu ia meminta nasihat kepada orang-orang muda yang sebaya dengan dia dan yang mendampinginya,



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #16. Tahukah anda bahawa kita terkadang tidak mendengar nasihat orang tua? Janganlah menjadi sombong dan mengikut hawa nafsu sendiri. Nasihat para tua-tua yang berhikmat adalah berharga daripada nasihat orang yang tidak berpengalaman. Orang yang mengabaikan undangan hikmat akan diundang oleh para pencemooh, orang bebal, orang yang tidak berhikmat. Dengan tawaran dan pujukan yang manis, mereka berusaha menarik perhatian orang yang tak berpengalaman dan tak berakal budi. Orang yang berhikmat tak akan tergiur dan tergoda dengan undangan kebodohan yang nampak lebih hikmat, kerana tahu akibatnya. Sebaliknya orang-orang yang tak berhikmat akan menerima undangan yang tampaknya menarik padahal menuju maut.

☕ 🍞 Hilanglah sudah gambaran kesuksesan pemerintahan Salomo di tangan Rehabeam. Oleh kerana ingin menunjukkan kekuasaan dan kehebatan yang melebihi ayahnya, Rehabeam justru kehilangan wibawa di mata rakyatnya. Ia tidak berhasil menampilkan sosok pemimpin yang berhikmat dan bijaksana. Terkadang ibu bapa kuat dan teguh di dalam Tuhan Yesus tetapi anak² menyimpang daripada kebenaran. Disebabkan oleh tidak mahu menerima didikan rohani serta nasihat maka anak² menjadi liar dan memberontak lalu tidak menghormati orang tuanya apalagi Tuhan. Janganlah pula kita sebagai ibu bapa terlalu memanjakan anak kita sehingga tidak sanggup mau menegur ataupun menasihati mereka. Rehabeam sepatutnya meneruskan legasi Salomo yang baik, tetapi oleh kerana mau menunjukkan kekuatan dan kuasanya, dia mulai sombong dan bertindak mengikut nasihat-nasihat orang muda yang tidak berpengalaman.

Anak-anak kita rosak akhlaknya disebabkan oleh pergaulan yang tidak sihat. Lihatlah kepada rakannya, dengan siapa mereka berkawan? Pergaulan yang buruk merusakkan kebiasaan yang baik. Keadaan sekeliling dan rakan-rakan mereka boleh mempengaruhi mereka. Berhati-hatilah memilih sahabat yang baik. Bukan hanya untuk orang muda sahaja, tetapi juga kepada orang dewasa. Jangan jadi seperti Rehabeam yang dipengaruhi oleh kumpulan yang tidak baik. Apakah respon anda hari ini....?



You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: