Wednesday, January 30, 2019

Revival : Nevee forget from where God picked you

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Never forget from where God picked you.



2 Chronicles 25:19  Indeed you say that you have defeated the Edomites, and your heart is lifted up to boast. Stay at home now; why should you meddle with trouble, that you should fall-you and Judah with you?

2 Tawarikh 25:19 (TB)  Pikirmu, engkau sudah mengalahkan Edom, sebab itu hatimu mengangkat-angkat dirimu untuk mendapat kehormatan. Sekarang, tinggal saja di rumah. Untuk apa engkau menantang malapetaka, sehingga engkau jatuh dan Yehuda bersama-sama engkau?



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #30. Tahukah anda bahawa ramai di antara kita seperti kacang yang melupakan kulitnya? Manusia mudah lupa diri. Ini bukan auta tapi inilah fakta. Kesombongan merupakan sifat yang cenderung mudah menghinggapi para pemimpin dan orang-orang dengan posisi dan kelebihan tertentu. Ketika sebuah prestasi dicapai, orang mudah lupa siapa yang telah memberikan hal itu sesungguhnya kepada mereka. Demikianlah yang terjadi dengan Amazia, raja Yehuda yang kita baca dari perikop ini. Meskipun pada awalnya dikatakan bahawa Amazia "melakukan apa yang benar di mata Tuhan, hanya tidak segenap hati", Tuhan tetap mau memberkati dan menganugerahkan kepadanya kemenangan dalam peperangan melawan musuh-musuhnya. Hingga kemudian sesuatu yang ironis terjadi iaitu Amazia berubah setia kepada Tuhan dengan "mendirikan para allah bani Seir, yang dibawanya pulang sebagai allahnya". Bahkan, nabi yang diutus Tuhan untuk menegurnya, sama sekali tidak dihiraukannya. Lalu, Tuhan pun murka.

☕ 🍞 Terkadang, manusia asal ada pangkat dan status saja kepalanya sudah membesar tetapi bukan semua orang sedemikian rupa. Ada yang rendah hati dan baik hati. Kesombongan adalah sangat berbahaya di dalam kehidupan kerohanian kita tidak kira anda seorang jemaat, hamba Tuhan mahupun pelayan. Oleh kerana kesombongan, iblis dibuang dari surga  kerana memberontak terhadap Allah. Amsal 29:23 mengatakan bahawa "Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian". Never was a proud prince more thoroughly mortified than Amaziah by Joash king of Israel. A man's pride will bring him low,  it goes before his destruction, and deservedly brings it on. He that exalted himself shall be abased. Akibat dari ketidaksetiaan dan keangkuhan yang ditunjukkannya, Tuhan menetapkan untuk menghukum Amazia. Tuhan membiarkan Amazia dikalahkan oleh Yoas, raja Israel, yang mengakibatkan seluruh pasukannya kocar-kacir.

Friends, Jesus said "without Me you can do nothing". Everything we have today is because of Him. Bukan kuat bukan gagah tapi oleh Roh Tuhan yang memampukan kita. Jadi tidak ada alasan untuk kita sombong dan angkuh. Ini adalah sebuah pelajaran yang berharga bagi orang percaya, iaitu agar tidak berlaku sombong dan lupa diri. Ketika Tuhan memberikan kesempatan yang baik, jangan lantas bersikap angkuh dan kemudian melupakan Tuhan. Bagaimana dengan kita? Kita sudah di penghujung bulan Januari, masihkah kita bersikap sedemikian? Atau kita memberikan diri kita kepada Tuhan dengan merendahkan hati kita di hadapan-Nya? Apakah respon anda hari ini....?

Amsal 16:18 (BM)  Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan.

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: