Monday, January 28, 2019

Revival : They Left God

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : They left God


2 Chronicles 24:18  Therefore they left the house of the LORD God of their fathers, and served wooden images and idols; and wrath came upon Judah and Jerusalem because of their trespass.

2 Tawarikh 24:18 (TB)  Mereka meninggalkan rumah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, lalu beribadah kepada tiang-tiang berhala dan patung-patung berhala. Oleh karena kesalahan itu Yehuda dan Yerusalem tertimpa murka.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #28. Tahukah anda bahawa kemurtadan sudah lama wujud? Ini bukanlah masalah yang baru timbul. Sejak zaman dahulu lagi sudah ada dan sampai sekarang masih giat terjadi. Orang sanggup murtad dan tinggalkan Tuhan Yesus kerana cinta, wang, status, pangkat, perniagaan, dan macam macam lagi. Kita mengatakan bahawa kita orang Kristian yang percaya kepada-Nya tetapi apabila kita ditimpa musibah, kita mundur lalu murtad lalu lagi parah apabila kita menyembah hal-hal yang tidak berkenan di mata Tuhan. Kita menyembah batu, pokok, patung dan sebagainya. Apakah ini yang Tuhan minta daripada kita?

☕ 🍞 Perbuatan menyembah berhala adalah satu kekejian di mata Tuhan. Umat-Nya yang pernah satu masa dahulu apabila kebangkitan rohani terjadi, mereka berbalik kepada-Nya, tetapi sekarang sudah menjadi suam-suam kuku dan sudah kembali kepada jalan mereka yang lama. Kenapa ini boleh terjadi? Seperti yang saya katakan tadi, ini bukanlah perkara yang baru. Hal ini masih lagi terjadi di dalam suku bangsa kita. Sampai bila bangsa kita akan terikat di dalam penipuan iblis? Siapakah yang akan pergi untuk memimpin mereka dan menyatakan kebenaran Firman-Nya serta kasih-Nya kepada bangsa kita?

Rakyat Yehuda bukannya mereka tidak kenal siapa Tuhan itu, mereka KENAL! Tetapi disebabkan oleh raja mereka berbuat jahat lalu seluruh bangsa itu berpaling daripada Tuhan. Di dalam hal ini tanggungjawab seorang pemimpin rohani juga adalah sangat penting. Umat yang sudah mengenal Tuhan harus tetap percaya kepada-Nya dan tidak seharusnya berpaling daripada Tuhan! Tetapi disebabkan oleh gula-gula yang diberikan oleh iblis, maka mereka sanggup menyembah berhala dan menerima segala tipu muslihat iblis. Jadi solusinya macam mana? Kita yang masih berpegang teguh kepada Tuhan Yesus harus melakukan tanggungjawab kita sebagai orang yang percaya kepada-Nya. Kita sudah mengalami kasih dan kemurahan-Nya maka kita juga harus mengongsikan kepada mereka yang lain. Kita harus memimpin mereka kembali kepada Tuhan Yesus. Setiap jiwa itu sangat berharga di mata Tuhan. Adakah kenalan anda yang masih menyembah berhala? Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: