Tuesday, January 1, 2019

Revival : Sins against the Lord

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Sins against the Lord



2 Kings 17:7-8
7 For so it was that the children of Israel had sinned against the LORD their God, who had brought them up out of the land of Egypt, from under the hand of Pharaoh king of Egypt; and they had feared other gods,
8 and had walked in the statutes of the nations whom the LORD had cast out from before the children of Israel, and of the kings of Israel, which they had made.

2 Raja-raja 17:7-8 (TB)
7 Hal itu terjadi, karena orang Israel telah berdosa kepada TUHAN, Allah mereka, yang telah menuntun mereka dari tanah Mesir dari kekuasaan Firaun, raja Mesir, dan karena mereka telah menyembah allah lain,
8 dan telah hidup menurut adat istiadat bangsa-bangsa yang telah dihalau TUHAN dari depan orang Israel, dan menurut ketetapan yang telah dibuat raja-raja Israel.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #1. Tahukah anda bahawa kita terkadang cenderung untuk kembali kepada cara hidup kita yang lama? Israel dengan senang sekali menerima gaya hidup dan standard orang-orang yang bukan umat Allah. Sekalipun pemisahan dari bangsa-bangsa lain menjadi salah satu syarat utama Allah untuk Israel, umat itu menerima kebiasaan kafir bangsa-bangsa di sekitar mereka. Menyesuaikan diri dengan gaya hidup dunia ini adalah salah satu bahaya besar yang dihadapi umat Allah dalam setiap generasi dan kebudayaan hingga ke zaman ini.

☕ 🍞 Mengapa kita cenderung untuk kembali kepada cara hidup yang lama?

MENGAPA?
🔴 Kerana kita telah melupakan kasih dan kasih karunia Allah yang dinyatakan dalam penebusan kita dari dosa

🔴 Kerana kita berfikir bahawa menyembah roh-roh atau berdukun dan pergi ke bomoh akan  mendapat sukses, sejahtera, dan bimbingan serta kekayaan.

🔴 Kerana kita kompromi dan mengikuti kebiasaan dan gaya hidup duniawi ini.

🔴 Kerana kita menolak kebenaran Firman Tuhan dan percaya kepada benda-benda yang tahyul.

🔴 Kerana secara terang-terangan kita memberontak melawan penyataan tertulis dan perjanjian Allah.

🔴 Kerana godaan duniawi yang menarik mereka dengan umpan kekayaan, material.

Terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini. Sudahkah anda mengenalpasti apa yang membuatkan anda untuk berpaling daripada Tuhan? Tuhan telah memimpin kita keluar daripada "Mesir" janganlah kita mau berbalik kepada hidup perhambaan akan dosa lagi. Hari ini adalah hari pertama dalam buku kehidupan anda. Muka surat yang baru untuk tahun 2019. Mulakannya dengan berbalik kepada Tuhan Yesus dengan segenap hati kita. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: