Friday, October 20, 2017

Revival : Be Alert

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang membuatkan kita waspada terhadap pembawa ajaran sesat. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Be Alert

Mark 13:5-6 (NKJV)  And Jesus, answering them, began to say: "Take heed that no one deceives you.
For many will come in My name, saying, 'I am He,' and will deceive many.

Markus 13:5-6 (TB)  Maka mulailah Yesus berkata kepada mereka: "Waspadalah supaya jangan ada orang yang menyesatkan kamu!
Akan datang banyak orang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah dia, dan mereka akan menyesatkan banyak orang.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #293. Tahukah anda bahawa Tuhan Yesus telah meminta kita berwaspada dengan pembawa ajaran sesat? Apabila murid-Nya bertanya apakah tanda akhir zaman, perkara pertama yang dinyatakan oleh Tuhan Yesus adalah supaya mereka berwaspada dengan pengajar ajaran sesat. Kita sudah memasuki ke dalam zon "akhir zaman" ini kerana ramai pembawa ajaran sesat sudah semakin berleluasa. Ajaran Yesus yang disampaikan di bukit Zaitun ini penuh peringatan agar menjelang akhir zaman para pengikut-Nya harus senantiasa berwaspada terhadap bahaya penyesatan agama. Peringatan ini menunjukkan bahwa pada akhir zaman akan muncul banyak ajaran yang tidak alkitabiah di kalangan gereja. Orang percaya harus lebih lagi mengenal dan menaati Firman Allah saja.

☕ 🍞 Sekarang ini, banyak macam ajaran yang seolah olah alkitabiah tetapi sebenarnya ajaran sesat yang berselindung di sebalik Firman Tuhan sedang memasuki gereja-Nya. Kita harus berhati hati, berjaga-jaga, berwaspada dengan hal ini. Ada yang mengatakan bahawa dirinya adalah Mesias, ada juga yang mengatakan ada Tuhan ibu, ada yang mengatakan Yesus cuma sekadar nabi sahaja dan macam-macam lagi. Banyak pembawa ajaran sesat berkeliaran di sana sini. Pada tahun 2012, orang mengatakan dunia akan kiamat, tapi tidak juga terjadi. Pada bulan September yang lepas, mereka katakan bahawa 23hb adalah hari kiamat, tapi tak juga kiamat. Berhati hati dengan apa yang kita terima. Jangan menerima ajaran yang bukan daripada Alkitab.

✝️Ujilah segala sesuatu
🤔 Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat. Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah. Tetapi sesiapa menafikan hal ini tentang Yesus, orang itu tidak mempunyai Roh Allah. Orang itu mempunyai roh daripada Musuh Kristus. Kamu sudah mendengar bahawa roh itu akan datang, dan sekarang roh itu sudah di dunia ini.

Kita harus berhati-hati dengan sesiapapun kita terima. Jangan mudah terpengaruh dan mempercayai segala sesuatu yang disampaikan oleh sesiapa pun tetapi ujilah segala sesuatu dan berpegang kepada yang benar. Firman Tuhan adalah dasar di mana kita berdiri jika ada seseorang yang berkongsi sesuatu di luar Alkitab, janganlah percaya dan jangan terima bulat-bulat. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: