Monday, October 16, 2017

Revival : The world is behind me

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk meninggalkan cara hidup kita lama dan mengikuti Yesus. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : The world is behind me

Mark 10:28 (NKJV)  Then Peter began to say to Him, "See, we have left all and followed You."

Markus 10:28 (TB)  Berkatalah Petrus kepada Yesus: "Kami ini telah meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Engkau!"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #289. Tahukah anda bahawa tidak sia-sia kita meninggalkan cara hidup kita yang lama untuk mengikuti Tuhan Yesus? Betulkah kita sudah meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Tuhan Yesus? Kita belum lagi meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Yesus. Terkadang saya melihat di profil Facebook, ada yang ramai meletakkan di sana seperti ini "bekerja di ladang Tuhan, ataupun Saya pengikut Kristus, ataupun Live for God dan sebagainya." Tetapi betulkah kita begitu?

☕ 🍞 Ramai yang berfikiran bahawa meninggalkan kerjaya yang membayar gaji yang lumayan dan melayani-Nya adalah sebenarnya telah meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Yesus. Sebenarnya ia meminta lebih daripada itu. Apakah sebenarnya yang dimaksud dengan Firman Tuhan ini? Sudahkah kita menyangkal kedagingan kita apabila kita mengikuti Yesus?

✝️Sudahkah kita tinggalkan semua?
🤔 Ada satu lagu yang sering kita nyanyikan iaitu "ku telah mati dan tinggalkan cara hidupku yang lama, semuanya sia-sia dan tak bererti lagi..." Kita katakan bahawa kita telah mati dan tinggalkan cara hidup kita yang lama, tetapi kita masih terbawa bawa mengikuti Tuhan Yesus. Our private life when no eyes are watching, are we still following Jesus truly and denying ourselves?

Mengikuti Yesus bermaksud menyangkal diri, keinginan kita, kehendak kita dan mengikuti Tuhan Yesus. Bukan hanya meninggalkan kerjaya anda dan sebagainya tetapi hidup kita juga harus benar-benar mencerminkan pribadi dan karakter Yesus. Bukan hanya atas nama saja mengatakan bahawa saya pengikut Kristus tetapi benar-benar hidup demikian. Jadi, soalannya adalah, sudahkah anda benar-benar tinggalkan semuanya? Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: