Wednesday, October 4, 2017

Revival : Desperate times calls for Spiritual actions

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan untuk terus percaya kepada Tuhan Yesus. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Desperate times calls for Spiritual actions

Matthew 9:20 (NKJV)  And suddenly, a woman who had a flow of blood for twelve years came from behind and touched the hem of His garment.

Matius 9:20 (TB)  Pada waktu itu seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan maju mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jumbai jubah-Nya.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #277. Tahukah anda bahawa terkadang Tuhan Yesus menjadi sumber terakhir di dalam hidup kita? Kenapa selalunya Tuhan Yesus menjadi penyelesaian yang terakhir di dalam hidup kita? Yesus haruslah yang pertama di dalam hidup kita. Apakah yang membuatkan wanita ini mengejar Tuhan Yesus? Keadaan yang mendesak membuatkan wanita melakukan segala sesuatu yang di fikir boleh sembuhkan dia.

☕ 🍞 Saya melihat dalam Firman Tuhan ini, hanya sedikit sahaja cerita tentang wanita ini. Setelah dia menghabiskan kesemua wang yang ada hanya untuk berubat, namun akhirnya tidak ada apa-apa yang terjadi, bahkan makin teruk keadaannya. Saya belajar beberapa hal daripada apa yang dinyatakan di dalam firman Tuhan ini. My question is that, what made this woman to pursue God for a healing?

✝️Desperately need a touch
🤒 Kita semua perlukan jamahan daripada Tuhan Yesus. Tetapi terkadang bila keadaan kita menjadi kronik, barulah kita mau ingat sama Tuhan. Everyone of us needs a touch from God. When we are desperate, we tend to do anything. Tetapi apakah yang membuat wanita ini terdesak untuk menjamah jumbai jubah Yesus? Wanita ini betul betul mau bebas daripada penyakit ini. Dia sanggup menghabiskan segala wang yang dia ada untuk berubat namun tidak berhasil. Adakah anda terdesak hari ini?

Apa yang membuat wanita ini untuk tetap press on sehingga dia mencapai Yesus.....? Saya rasa dia ada mendengar tentang Yesus dan segala mujizat yang Dia lakukan. Apabila saya tertanya-tanya soalan ini, saya melihat beberapa perkara yang tersirat di dalam Firman Tuhan ini.

✔️ FOKUS dia tidak pernah kabur. Matanya tetap tertuju pada Yesus biarpun ramai orang di hadapannya. Kemungkinan pada masa itu hanya Yesus sahaja yang jelas kelihatan di matanya. Dia tidak mengizinkan persekitarannya menggugat atau mengaburi fokusnya.

✔️BERTEKAD. She was determined to believe in God and receive her healing. Nothing else matters. Dia mengatakan bahawa "asal kujamah jubah-Nya..." Dia ini betul betul bernekad untuk mendapatkan mujizat itu daripada Tuhan.

✔️ IMAN adalah sesuatu yang jelas kelihatan yang ditunjukkan oleh wanita ini. Hanya seseorang yang sedang melewati sesuatu keadaan saja yang betul betul mengerti apakah itu sebenarnya memiliki iman. We can preach about faith but it only takes a person who's really going through some rough times to really comprehend what faith is. Saya percaya bahawa iman wanita ini telah timbul daripada pendengaran akan firman Tuhan. Kemungkinan dia telah mendengar tentang Yesus dan iman mulai timbul di dalam hatinya untuk percaya kepada Tuhan Yesus.

Are we pressing on for that one touch from God? Adakah kita tetap fokus pada Tuhan Yesus? Setiap kita tahu sejauh mana kita sanggup percaya kepada Tuhan Yesus. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: