Friday, October 13, 2017

Revival : He will do it

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk terus percaya kepada Tuhan Yesus. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : He will do it

Mark 7:37 (NKJV)  And they were astonished beyond measure, saying, "He has done all things well. He makes both the deaf to hear and the mute to speak."

Markus 7:37 (TB)  Mereka takjub dan tercengang dan berkata: "Ia menjadikan segala-galanya baik, yang tuli dijadikan-Nya mendengar, yang bisu dijadikan-Nya berkata-kata."

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #286. Tahukah anda bahawa Tuhan dapat melakukan segala sesuatu di dalam hidup kita? Indah pada waktu-Nya, kita akan melihat mukjizat yang telah disediakan oleh Tuhan untuk kita semua. Keyakinan sepenuh hati kepada kuasa Yesus akan menolong kita memahami segala kebaikan yang Dia lakukan bagi hidup manusia. Syukur kepada Tuhan. Yesus membuat segala-galanya menjadi baik. Semua berjalan dan berfungsi sebagaimana mestinya sesuai dengan yang dikehendaki-Nya.

☕ 🍞 Tak terbatas kuasa Tuhan kerana semua dapat Dia lakukan. Apa yang kelihatan mustahil bagi kita, itu sangat mungkin bagi Dia. Tidak ada dan tidak pernah saya terbaca dalam Alkitab mengatakan bahawa "Yesus gagal melakukan mukjizat." Kuasa-Nya terlebih besar daripada segala kuasa yang ada di dunia ini. Selama pelayanan Tuhan Yesus di dunia ini, telah ramai orang Dia sembuhkan. Pelbagai mukjizat dilakukan oleh Tuhan Yesus. Adakah anda sedang mengalami sesuatu hal dalam hidup anda sekarang dan anda merasakan seolah olah sangat mustahil untuk dilakukan? Berserah kepada Tuhan Yesus. Mukjizat pasti terjadi.

✝️Bukan sekadar mukjizat
😇 Apabila saya membaca Firman Tuhan ini, saya melihat satu hal yang tersirat di sini. Yesus bukan hanya menyembuhkan cacat bisu dan tuli secara jasmani. Bukan hanya telinga dan lidahnya jadi terbuka, tetapi HATI orang-orang yang telah disembuhkan-Nya pun jadi terbuka pada Yesus. Yesus tidak hanya melakukan mukjizat, tetapi juga Dia mau supaya hati kita diubah. Anda sendiri boleh membacanya di dalam Alkitab. Ramai yang telah datang kepada Tuhan Yesus untuk disembuhkan, mereka bukan sahaja menerima kesembuhan tetapi hati mereka berubah dan mengikuti Tuhan Yesus.

Kesemua mukjizat itu dimulai kerana ada orang yang bersedia untuk datang kepada Yesus. Bagaimana dengan kita? Kita yang sudah menerima kesembuhan dan keselamatan itu, terpikirkah oleh kita untuk membawa seseorang pada Yesus? Jangan merasa tak berpengharapan dulu. Percayalah pada Yesus. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: