Saturday, October 14, 2017

Revival : Jesus is able

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang membuatkan kita untuk terus percaya kepada Tuhan Yesus. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Jesus is able

Mark 9:23 (NKJV)  Jesus said to him, "If you can believe, all things are possible to him who believes."

Markus 9:23 (TB)  Jawab Yesus: "Katamu: jika Engkau dapat? Tidak ada yang mustahil bagi orang yang percaya!"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #287. Tahukah anda bahawa Tuhan dapat melakukan segala sesuatu bagi kita? Berbahagialah orang yang percaya namun tidak melihat. Ramai orang percaya kepada Tuhan Yesus pada zaman Yesus kerana mereka melihat pribadi Yesus iaitu Yesus hadir secara tubuh-Nya, Dia ada bersama mereka. Dan mereka yakin bahawa Yesus ada dan tidak perlu rasa bimbang. Mereka pasti bahawa Yesus dapat menyembuhkan dan melakukan segala sesuatu. Setelah dua ribu tahun... Bagaimana sekarang?

☕ 🍞 Kalau pada zaman dahulu, Yesus ada bersama murid-Nya, sekarang bagaimana? Yesus tidak hadir secara tubuh jasmani-Nya tetapi Yesus hadir.....! Saya yakin Yesus hadir di mana anda berada sekarang. Bagaimana saya yakin sangat akan hal ini? Bagaimana saya dapat percaya bahawa tidak ada satu pun yang mustahil bagi Tuhan Yesus? Kalau zaman waktu Yesus, orang dapat percaya kerana mereka melihat Yesus. Sekarang....? Bagaimana saya mau percaya kepada Tuhan Yesus yang tidak kelihatan? Secara pribadi, saya pun pernah bertanya, "Tuhan Yesus, dapatkah Engkau lakukan hal ini?" Maafkan saya saudara dan saudari sekalian, saya pun manusia biasa saja. Bagaimana kita dapat terus percaya kepada Tuhan Yesus? Sewaktu saya membaca Firman Tuhan ini, saya mulai melihat daripada sudut yang berlainan yang belum pernah saya lihat.

✝️In God we trust, but how?
✔️ Saya bertanya soalan ini. Saya selalu mendengar orang berkata, "percayalah kepada Tuhan Yesus, terus percaya kepada Tuhan Yesus, janganlah meragui kuasa Tuhan Yesus, hold on to Jesus..." dan sebagainya. Soalnya gimana sih caranya? Cakapnya senang banget, tapi gimana sih caranya? Roh Kudus membuka mata saya untuk melihat satu hal yang belum pernah saya lihat.

1. Bagaimana kita terus percaya?
♥️ Perhubungan kita dengan Tuhan
Berbahagialah mereka yang percaya namun tidak melihat. Wow...! Bayangkan, anda sedang berpacaran dan anda tidak pernah berjumpa dengan pasangan anda tetapi anda percaya bahawa pasangan anda "Ada". Bukan itu sahaja, bahkan mereka bahagia, saling mengasihi, mencintai, saling percaya antara satu sama lain. Apa macam ini? Kita belum melihat Yesus face to face, tapi setiap pengalaman kita bersama Tuhan Yesus boleh disimpulkan bahawa Tuhan Yesus ada! Perhubungan kita bersama Tuhan Yesus harus kuat. Apa yang membuatkan kita meragui Tuhan Yesus adalah apa kita berlaku selingkuh dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Bagaimana perhubungan kita kuat dan teguh?

✝️Bagaimana perhubungan kita kuat dan teguh?
📚 Membaca Firman Tuhan
Firman Tuhan adalah suara-Nya sendiri yang berbicara kepada kita. Jika kita berpacaran, satu cara kita dapat mengenali pasangan kita adalah melalui suaranya. Apabila saya terus membaca dan merenungkan Firman-Nya, kepercayaan saya menjadi lebih kuat, kukuh dan teguh kerana pengharapan yang saya terima daripada firman Tuhan. Janganlah lupa untuk merenungkan Firman Tuhan siang dan malam kerana dari situlah kita mendapat kekuatan yang baru.

Selain itu, jadilah seorang pribadi yang menyembah Tuhan. Kepercayaan kita makin kuat dan teguh di dalam Tuhan Yesus apabila kita melakukan semua ini. Iman yang dituntut di sini harus diterima sebagai kasih karunia Allah. Ia menanamkannya di dalam hati orang yang sungguh-sungguh mencari dan dengan setia hidup sesuai dengan kehendak-Nya. Jadi, apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: