Wednesday, October 11, 2017

Revival : Man or God?

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menegur kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Man or God?

Mark 7:7 (NKJV)  And in vain they worship Me, Teaching as doctrines the commandments of men.'

Markus 7:7 (TB)  Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #284. Tahukah anda bahawa kita kedapatan menjunjung perintah manusia serta terikat dengan tradisi kegerejaan? Kita harus berhati hati dengan apa jua ajaran yang kita terima. Ada yang sepertinya betul, tetapi tidak benar. They twist and turn the word of God to their own desires. Mereka membawa ajaran sesat yang mengutip firman itu dan ini dan mempertikaikan sesuatu hal. A little bit of lie mixed in with the word of God to present it as though it is the truth.

☕ 🍞 Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. Ujilah segala sesuatu dan peganglah yang baik. Terkadang orang Kristian yang tidak kuat imannya dengan senang sekali terpengaruh oleh ajaran yang tidak alkitabiah.

✝️In Vain
😕 Dalam terjemahan BM,  "Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu hukum Allah!" Sia sia saja.... Orang yang mengikut dan melakukan peraturan yang ditetapkan oleh manusia dan bukannya Yang  ditetapkan oleh Tuhan, biar apapun yang dia lakukan untuk Tuhan, semuanya itu adalah kesia-siaan sahaja. Kerana mereka melakukannya bukan dengan segenap hati mereka tetapi kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh manusia.

Kebanyakan gereja tradisi mengamalkan sistem tradisi yang terlampau kuat sehingga ia menjadi satu batu sandungan bagi jemaat gereja yang lain dan sepertinya mereka pun terpaksa terikut ikut cara tradisi gereja itu. Jangan fikir ini hanya pada zaman dulu saja, sekarang pun ada juga ini. Janganlah terikat dengan perintah manusia. Lakukanlah perintah Tuhan Yesus! Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: