Tuesday, October 24, 2017

Revival : The Betrayal

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang membuatkan kita terus setia kepada-Nya. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : The Betrayal

Mark 14:10-11 (NKJV)  Then Judas Iscariot, one of the twelve, went to the chief priests to betray Him to them.
And when they heard it, they were glad, and promised to give him money. So he sought how he might conveniently betray Him.

Markus 14:10-11 (TB)  Lalu pergilah Yudas Iskariot, salah seorang dari kedua belas murid itu, kepada imam-imam kepala dengan maksud untuk menyerahkan Yesus kepada mereka.
Mereka sangat gembira waktu mendengarnya dan mereka berjanji akan memberikan uang kepadanya. Kemudian ia mencari kesempatan yang baik untuk menyerahkan Yesus.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #297. Tahukah anda bahwa kita begitu mudah menggadaikan iman kita hanya untuk kesenangan sementara? Berapakah harga atau nilai yang boleh ditetapkan untuk iman anda supaya anda bisa menyangkal Yesus? Kenapa orang sanggup menggadaikan imannya dan memilih apa yang dunia tawarkan kepada mereka? Setiap orang yang meninggalkan imannya, ada alasan tertentu kenapa dia sanggup menyangkal Yesus. Inilah kajian yang saya lakukan daripada pemerhatian saya.

☕ 🍞 Ramai yang meninggalkan Tuhan Yesus atas sebab kewangan. Bila mereka yang hidup dalam keadaan susah, lalu ditawarkan dengan jumlah wang yang besar, sudah pasti kita akan tertarik, tergoda, terdorong untuk menyangkal Yesus namun begitu akhirnya kita menyesal. Pribadi Yudas ini, dia menyangkal Yesus kerana wang yang ditawarkan kepadanya.

☕ 🍞 Ramai Kristian ikut-ikutan juga bahaya ini. Mengikut Kristus Yesus sekadar ikut ikutan saja dan tidak ada satu perhubungan yang intim dengan Tuhan boleh menyebabkan seseorang itu mudah jatuh lalu menyalahkan Tuhan dan menyangkal Tuhan Yesus.

☕ 🍞 Tidak salah kita bercinta. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah bercinta dengan orang yang tidak seiman. Satu projek yang semakin berjaya menggoda dan memerangkap anak muda zaman sekarang adalah "projek cinta." Jika kita pergi belajar ataupun bekerja di tempat lain, pastikan bahawa anda mencari sebuah gereja dan terus bertumbuh di sana jika tidak, anda senang tergelincir dan terperangkap dalam tipu muslihat iblis. Projek ini semakin berleluasa di kalangan pelajar universiti. Pastikan jika anda pergi belajar di semenanjung, jangan iman anda tenggelam di dalam laut China Selatan. Peliharalah iman anda. Janganlah menyangkal Yesus hanya kerana cinta.

☕ 🍞 Satu lagi projek yang telah saya kenal pasti adalah "projek keluarga angkat". Ini juga salah satu cara iblis untuk memerangkap anak muda kita yang pergi belajar jauh daripada tempat asal mereka.

☕ 🍞 Terkadang ada juga yang sanggup menyangkal Tuhan Yesus hanya kerana mau maju dalam perniagaan mereka dan juga kerana pangkat yang ditawarkan.

✝️Iblis sangat gembira
😱 Di saat kita membuat keputusan untuk menyangkal Tuhan Yesus, Iblis sangat gembira. Dia gembira kerana berjaya "menjangkau" anda sehingga anda siap sedia untuk menyangkal Tuhan Yesus. Iblis memberikan segala kekayaan, status dan pangkat jika kita sanggup menyangkal Tuhan Yesus. Segala kekayaan dunia ini adalah hanya sementara sahaja. Jika kita mati, kita tidak akan membawa segala kekayaan, harta maupun pangkat kita ke kubur. Hanya satu yang berkekalan iaitu iman kita kepada-Nya.

Iman kepercayaan anda sangat berharga. Harganya adalah setitik darah Yesus. Janganlah menggadaikannya untuk hal-hal yang murah dan tidak berkekalan. What the world offers cannot be compared with what the Lord has done for you and me. Pastikan perhubungan kita dengan Tuhan senantiasa erat dan intim. Baca dan renungkan firman-Nya. Berdoa setiap waktu supaya anda dapat mengalahkan segala tipu muslihat iblis. Cultivate a life of prayer and worship. Bergiat dalam melakukan pekerjaan-Nya. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: